Regulus sebagai R.A.B. Regulus_Black

Regulus Arcturus Black adalah R.A.B.Identiti R.A.B. telah dibahaskan selepas penerbitan buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Dalam bab 28, Harry menemui suatu cebisan kertas kulit dalam loket Hocrux palsu Voldemort dan kandungannya adalah seperti berikut:

Kepada Raja Kuasa Jahat

Aku tahu yang aku akan mati lama sebelum kau

membaca nota ini tetapi aku mahu kau tahu bahawa

akulah yang mengetahui rahsia kau. Aku telah mencuri

Hocrux sebenar dan akan memusnahkannya secepat

mungkin. Aku menghadapi kematian dengan harapan

apabila kau berdepan dengan lawan yang setanding, kau

sekali lagi, manusia biasa.

R.A.B

Identiti dikenal pasti sebagai R.A.B dalam buku ketujuh

Dalam buku Harry Potter dengan Azimat Maut, Regulus dikenal pasti sebagai "Regulus Arcturus Black" (R.A.B.). Elf Keluarga Black, Kreacher, memberitahu Harry dan rakannya bahawa diarah oleh Regulus untuk berjumpa dengan Voldemort untuk menyembunyikan loket. Kreacher dipaksa meminum posyen untuk menguji keberkesanannya, dan terselamat kerana Muncul Tiba-tiba elf rumah berbeza dengan ahli sihir biasa. Selepas Kreacher memberitahu Regulus, Regulus memaksa Kreacher membawa dia ke gua itu dan dia minum segala posyen itu untuk menukarkan loket tersebut dengan loket palsu. Sebelum diheret olah Inferi ke dalam air, dia mengarah Kreacher untuk memusnahkan Horcrux sebenar.

Regulus mendeduksi bahawa keangkuhan Voldemort mengakibatkannya menganggap Hocrux tidak akan diketahui oleh orang lain dan dimusnahkan. Walaupun sudah banyak tahun berlalu, Kreacher masih setia kepada Regulus dalam memorinya, sehingga mengetuai elf-elf rumah Hogwarts untuk menentang Death Eater dengan nama Regulus Black.